Kalsium Penyebab Batu Karang? Hati-Hati!

Assalamualaikum,

Apa khabar? Saya doakan pembaca MamaCilik.com sihat sejahtera.

Saya baru sahaja selesai program Train The Trainer (TTT) Shaklee Nutrition (Module 1) hujung minggu lalu. Fuhh.. Alhamdulillah, sangat banyak ilmu baru yang saya pelajari. Terlalu banyak juga ilmu yang saya nak kongsi dengan anda, pembaca setia MamaCilik.com.

KALSIUM DAN TULANG

Salah satu perkara yang kita kurang ambil perhatian adalah mengenai kesan kalsium kepada badan kita. Apa yang kita tahu, kalsium sangat penting untuk tulang, dan gigi kan?

Ya, itu adalah asasnya.



Tahukah anda, kalsium di dalam badan kita akan menyebabkan batu karang? Iyer ke? Betul ke? 


Ya! JIKA:
  1. Kalsium yang anda ambil hanya mengandungi kalsium semata-mata tanpa vitamin dan mineral lain di dalamnya bagi membantu penyerapan kalsium tersebut.
  2. Anda tidak minum air dengan cukup mengikut keperluan badan setiap hari.

PERBEZAAN OSTEMATRIX

Saya sangat suka dengan Ostematrix. Sebab saiz dia lebih kecil dan senang nak telan. Lagipun kandungan vitamin dalam Ostematrix bukan hanya kalsium tau. Ia lebih daripada kalsium! 

Jom kita tengok apalah yang MamaCilik ni suka sangat dengan Ostematrix! ^_^

Apa yang ada dalam Ostematrix?


Haa.. kan dah kata. Banyak lagi vitamin dan minerals lain dalam Ostematrix ni. Sebab tu orang selalu kata Ostematrix bukan sekadar kalsium!

Dalam setiap biji Ostematrix ada Vitamin D, Magnesium, Zinc, Copper, Manganese, dan Boron.

Setiap daripada vitamin dan mineral ni ada fungsinya tau. Bukan saja-saja Shaklee hasilkan.

Kenapa perlu adanya vitamins dan mineral lain tu? Penting ke?



Ok. Cuba kita tengok gambar atas ni. Kenapa pentingnya semua vitamin dan minerals lain tu.


Vitamin D - meningkatkan penyerapan kalsium dan membantu mengawal atur penyimpanan kalsium dalam tulang. Ia juga mengekalkan penyimpanan mineral di dalam tulang.


Jika kalsium yang kita ambil (makan) tidak mempunyai vitamin D, itulah sebabnya kalsium yang kita makan tu tak dapat diserap dengan optimum. Jadi, tulang pun tak kuat. Lebih buruk lagi bila kalsium yang tak diserap ni la akan menjadi salah satu punca batu karang!


Magnesium - membantu menggabungkan kalsium di dalam tulang. 

Bila kalsium dah diserap dalam tulang, magnesium pula tolong untuk gabungkan dalam tulang. Kira macam bekerjasama la untuk dapatkan kesan dan penyerapan yang terbaik.

Manganese, Copper, Zinc - mengaktifkan enzim yang membantu dalam pembinaan kepadatan tulang.

Selepas kalsium diserap dalam tulang, enzim akan diaktifkan untuk pastikan pula tulang kita ni padat. Bila padat barulah tulang jadi kuat!


Boron - membantu dalam metabolisma tulang.

Saranan saya, jika anda nak makan kalsium, pastikan ianya mempunyai Magnesium, Vitamin D, serta vitamin dan minerals seperti yang saya kongsikan tadi bagi membantu penyerapan secara optimum.  kuranglah risiko untuk mendapat batu karang disebabkan kalsium. In shaa Allah...

Semoga apa yang saya kongsi hari ini dapat memberi sedikit ilmu dan manfaat kepada anda. Saya doakan anda sentiasa sihat dan ceria sentiasa.

---------------------------------------------------------------------------------------
Oh ya, saya akan terus kongsi dengan anda segala ilmu tentang nutrisi dan kesihatan selepas ini. Terlalu banyak yang saya nak kongsikan.

Jika anda takut terlepas perkongsian saya, anda boleh follow MamaCilik menerusi email atau menjadi Blog Follower MamaCilik. Anda boleh follow dari bahagian kanan blog ini.

INGIN MENINGKATKAN TARAF KESIHATAN KELUARGA ANDA?
Ingin mendapatkan tulang yang kuat?

Hubungi saya:-

FREE CONSULTATION,
AFFORDABLE PRICE, 
&
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!



Sila 'Share' jika anda rasa entri ini bermanfaat

4 comments :

  1. Nice info.
    Papaglamz dari group BnC.
    Mencari fakta dan rahsia kehebatan mamacilik. Hehehe. Jemput singgah blog Papaglamz. www.papaglamz.com

    Nice to meet you..
    *My Upline: Kak Adaa :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Papaglamz!

      InsyaAllah akan singgah di blog Papaglamz..

      Nice to meet you too ^_^

      Delete
  2. Replies
    1. Terima kasih datang ke Mamacilik.com.

      Silakan share Norhumida Cikda.
      Sharing is caring ^_^

      Semoga lebih ramai dapat manfaat.

      Delete