Resdung dan Sinus? Perkara Penting Yang Anda Perlu Tahu!

Assalamualaikum para pembaca dan sahabat MamaCilik...

Semoga kita berada di dalam kesihatan yang baik setiap hari. Kesihatan merupakan harta yang paling bernilai dalam kehidupan. Betul kan?

Saya ada terbaca tentang sesuatu yang amat menarik sewaktu saya berkunjung ke hospital baru-baru ni. Ianya tentang resdung dan sinus untuk dikongsikan bersama anda semua. Sedar atau tidak, sinus / resdung merupakan penyakit atau gejala yang banyak melanda masyarakat kita sekarang ni kan?

SINUS? APA TU?

Saya pun baru tahu ni. Rupa-rupanya, sinus ni ialah rongga-rongga kat dalam tulang muka kita, specifically kat bahagian sekeliling hidung. Biasanya lendir dihasilkan oleh rongga-rongga ni setiap masa. Kemudian disalurkan ke hidung.


Jadi, kalau rongga-rongga ni tersumbat, lendir ni akan berkumpul. Haa.. Masa ni lah kuman dan bakteria akan membiak dalam rongga sinus ni. Bila dah jadi macam tu, lapisan dalam hidung ni pun membengkak dan bernanah.

Hisshh.. Ngeri jugak bila difikirkan.


GEJALA SINUS
  • Hidung tersumbat
  • Lendir dari hidung dan tekak
  • Sakit atau rasa berat dibahagian muka, terutamanya kawasan antara mata
  • Sakit tekak yang berpanjangan dan berulang-ulang
  • Demam atau rasa tak sedap badan yang berpanjangan
  • Alahan hidung - bersin, gatal hidung, dan lain-lain

PUNCA SINUS
  • Susunan tulang dalaman hidung yang sempit
  • Hidung yang bengkok
  • Menyelam / mandi / terjun di dalam air yang kotor
  • Jangkitan gigi pada bahagian atas
  • Ketumbuhan dalam hidung
  • Memasukkan bendasing dalam hidung (cth: putik kapas)
  • Tisu belakang hidung (adenoid) yang bengkak, terutamanya kanak-kanak

KOMPLIKASI SINUS
  • Jangkitan nanah di kawasan sekeliling mata dan buta
  • Jangkitan otak dan selaput otak
  • Sakit tekak yang kronik
  • Jangkitan tulang muka
  • Keadaan lelah yang semakin kronik
  • Berdengkur secara kronik
  • Jangkitan telinga dan tonsil, terutamanya kanak-kanak
  • Alahan hidung / hidung yang sensitif
  • Selsema yang berlarutan

RAWATAN UNTUK SINUS

Rawatan untuk penghidap sinus adalah bergantung kepada gejala-gejala yang dihadapi dan hasil kajian yang dilakukan ke atas pesakit.

Kebiasaannya, rawatan yang disyorkan adalah dengan mengambil:
  • Antibiotik
  • Ubat selsema
  • Ubat titis hidung / semburan hidung (nasal spray)

Kalau gejala-gejala ni tetap berterusan, PEMBEDAHAN sinus perlu dilakukan! Rongga-rongga sinus yang terlibat perlu dibuka menggunakan alat-alat khas di bawah penglihatan skop (functional endoscopic surgery).

Kaedah ni memang tak perlukan belahan pada kulit sebab semua prosedur dibuat di dalam rongga hidung. Lepas daripada tu, rawatan susulan tetap perlu dilakukan untuk elakkan daripada berulang. Hmm.. Dah buat pembedahan pun, belum tentu settle masalah.

Errkk... Kalau boleh memang semua orang nak elak pembedahan kan?

APA YANG KITA BOLEH LAKUKAN??

Mungkin ada orang akan ambil jalan 'mudah' dengan melakukan pembedahan. Namun saya pasti, tak semua orang sanggup lalui dan hadapinya. Lagi-lagi bila kita tahu, walau dah lakukan pembedahan pun ianya mungkin boleh berulang.

Ia ternyata bergantung kepada keadaan tahap kesihatan seseorang itu.

Sebagai langkah awal dan alternatif, apa kata kita cuba dulu tips-tips kat bawah ni. Mana tahu, dengan izin Allah masalah resdung ni selesai kan? Tak cuba tak tahu. ^_^
  1. Minum lebih banyak cecair untuk mencairkan mukus. Minum segelas air suam atau jus setiap jam.
  2. Elakkan membeli penyembur hidung dari kedai ubat atau farmasi tanpa nasihat atau preskripsi dari doktor. Dikuatiri jika digunakan 7 hari berturut-turut ia akan memburukkan lagi simptom anda.
  3. Jika ianya dah teruk dan berlaku infection, ikut nasihat doktor, terutamanya dalam pengambilan antibiotik. Adalah penting anda mematuhi regimen pengubatan ini.
  4. Jika ianya masih boleh dikawal, pengambilan 2 biji bawang putih secara konsisten setiap hari mungkin boleh membantu. Kalau tak lalu nak makan, boleh ambil initiatif dengan pengambilan Garlic Complex setiap hari.
  5. Anda boleh mendapatkan pain killer daripada doktor untuk mengurangkan sakit kepala dan sakit di muka disebabkan oleh keradangan sinus. PERINGATAN: Pengambilan pain killer untuk jangka masa yang lama boleh memudaratkan kesihatan buah pinggang!
  6. Berehatlah secukupnya.
  7. Makan makanan seimbang dan banyakkan memakan buah-buahan.


APA KATA MEREKA?





Untuk pengetahuan anda, Shaklee menawarkan vitamin dan supplement yang selamat, semulajadi, halal, dan terbukti berkesan. InsyaAllah... Set Sinus / Resdung keluaran Shaklee mampu membantu anda!

INGIN MENINGKATKAN TARAF KESIHATAN KELUARGA ANDA?
Ingin mendapatkan nutrisi yang lengkap untuk anda dan keluarga?
Berminat mendapat pendapatan sampingan seperti saya?

Hubungi saya:-

FREE CONSULTATION,
AFFORDABLE PRICE, 
&
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!

Sila 'Share' jika anda rasa entri ini bermanfaat

No comments :

Post a Comment