PENTING! Info Untuk Para Doktor Dan Saintis Tentang Shaklee!!

Assalamualaikum...

Semoga para pembaca MamaCilik.com dilimpahi rahmat dan kasih sayang Allah...

Sejak kebelakangan ni semakin banyak pula persoalan rakan-rakan, customers, dan mereka di luar sana tu tentang KESELAMATAN, KUALITI, dan KEBERKESANAN vitamin-vitamin Shaklee.

Biasalahkan, mula je viral sesuatu isu, kita dengan sewenangnya forward dan menokok tambah cerita tanpa usul periksa. Itu dah lumrah.

Saya tak salahkan mereka ni 100%. Mereka sebenarnya tak faham dan kurang ilmu tentang ini. Mereka ingat Shaklee ni di buat dan dikilangkan di Malaysia seperti lambakan produk-produk yang dijual di toko-toko jamu, mahupun secara online.

Saya tak nafikan, memang banyak sangat produk-produk yang kononnya untuk kesihatan yang dijual kat luar sana tu. Padahal kelulusan KKM pun tak ada malah mengandungi bahan-bahan yang merbahayakan kesihatan dan nyawa pengguna!

Jadi kita ni sebagai pengguna WAJIB ambil tahu dan selidik tentang produk yang nak kita ambil dan guna. Kita perlu ambil peduli dan bijak memilih sesuatu produk.

Saya ni dulu pun bukanlah tahu semua ni, bukan juga pengamal vitamin. Masa tu pada saya, ubat doktor je lah yang terbaik. Tapi setelah saya banyak membaca dan mengkaji, saya sedar, adalah lebih baik saya amalkan gaya hidup sihat disamping pengambilan vitamin-vitamin semulajadi. SEMULAJADI!

Syukur alhamdulillah... Allah pertemukan saya dengan Shaklee dan semakin banyak yang saya tahu dan belajar tentang nutrisi dalam erti kata sebenar.

Baru-baru ni pun, bertambah lagi ilmu saya tentang Shaklee dan hari ni saya nak kongsikan dengan anda. Info yang sangat menarik dan saya pasti ianya sangat berguna buat golongan DOKTOR dan SAINTIS yang sememangnya berada di dalam bidang perubatan dan kesihatan.

SHAKLEE CLINICAL RESEARCH


Shaklee telah pun mempunyai ramai saintis di USA sejak lebih 30 tahun yang dulu bagi menjalankan ujian klinikal dan saintifik ke atas setiap vitamin atau produk yang dihasilkan. Ini bagi memastikan KESELAMATAN dan KEBERKESANAN setiap produk.

Shaklee ni bukanlah jenama sebarangan yang dibuat sewenangnya yer.

Terdapat banyak bukti tentang kajian-kajian yang dijalankan. Telah ada lebih daripada 90 scientific papers yang diterbitkan di dalam scientific journals. Jom kita tengok contoh research yang telah dijalankan oleh saintis Shaklee dalam website ni:

www.clinicals.shaklee.com



Ini adalah antara info yang terdapat di dalam www.clinicals.shaklee.com

KHAS BUAT DOKTOR DAN PENGAMAL PERUBATAN

Selain daripada tu, Shaklee turut mempunyai website khas untuk para physicians dan pengamal perubatan. Nak mudahkan pakar-pakar semua untuk dapatkan maklumat terperinci tentang produk shaklee.

Jemput baca info yang lebih terperinci di dalam website ni:
www.physicians.shaklee.com 

Website ini disediakan khas untuk para profesional dalam bidang kesihatan dan medik.

 Maklumat tentang produk Shaklee, perbezaan Shaklee, dan falsafah Shaklee.

Terdapat juga penerangan tentang Shaklee Health Sciences Team yang terdiri daripada pakar dalam bidang masing-masing.

Sedikit latar belakang Dr Jamie McManus, the chairman of Medical Affairs, Health Sciences and Education for Shaklee Corporation.

Dalam website ni juga anda boleh dapatkan banyak maklumat tentang sains kesihatan. 

Jika anda seorang doktor atau pakar di dalam bidang kesihatan, jemputlah baca clinical research, serta bulletin di dalam website ini. Mungkin ia bermanfaat di dalam kerjaya anda. Semoga dengan bertambahnya ilmu, lebih ramai yang dapat kita selamatkan dan menjalani kehidupan yang lebih gembira dan bermakna.

Terima kasih kerana sudi membaca dan singgah di sini.

===============================

INGIN MENINGKATKAN TARAF KESIHATAN KELUARGA ANDA?
Ingin mendapatkan nutrisi yang lengkap untuk anda dan keluarga?
Berminat mendapat pendapatan sampingan seperti saya?

Hubungi saya, Pakar Nutrisi Anda (Certified):-

FREE CONSULTATION,
AFFORDABLE PRICE, 
&
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!


Sila 'Share' jika anda rasa entri ini bermanfaat

No comments :

Post a Comment