Saat Magika Bersama TWB - The Walking Beauty

By: Affni Shahida - Founder MamaCilik D'Beauty Secrets

The Walking Beauty - TWB bukanlah perkara baru pada saya. Saya mula involve dalam projek TWB ni sejak dari awal penubuhannya lagi pada tahun 2015 dulu. Tapi waktu tu saya ada beberapa projek lain juga dan menyebabkan kurangnya fokus kepada TWB. 

Sekarang dah tahun 2018. Dah 3 tahun TWB sejak ia dilancarkan. Kali ni saya bersama beuticians dalam Mamacilik Empire lama & yang baru kembali untuk aktif semula dalam arena home spa & mobile spa ni.

Korang rasa kan, kenapa saya tiba-tiba nak fokus balii kepada TWB???

Actually, sejak saya berhenti kerja makan gaji, saya tercari-cari apaaaa and how could I gain more success in business, in life? Apa laaa yang akan bring me to the higher achievement agaknya? How could I bring my team in Mamacilik Empire sama? Saya nak mereka pun berjaya. Dapat apa yang saya dapat, malah nak lebih lagi.

Tiap hari doa dan minta petunjuk daripada Allah.
"Ya Allah, kau berikanlah aku ilham dan petunjuk agar apa yang aku usahakan dapat tambah nilai hidup aku sendiri dan juga orang lain."

Sejak tu dekat wall FB asyik terbaca post Master Ainul tentang TWB. Tiba-tiba terdetik, ahaa! TWB!
"Ya Allah, adakah TWB adalah jawapannya?"

SAAT MAGIKA TWB 1

Dalam pada tengah bermain dengan fikiran sendiri pasal TWB, tup tup Master Ainul Shahrazad, founder projek The Walking Beauty ni personally WhatsApp saya and ask me, "Affni, jom masuk join TWB balik. Be one of my leader & trainer."

Bukan setakat projek TWB ni sangatttt unik tapi foundernya, Master Ainul Shahrazad (MAS) juga seorang yang sangat special! Semuaaaa TWB family sangat sayang MAS.


Apa yang magiknya TWB ni, ia mampu sentuh semuuua wanita tak kira apa pun latarbelakang mereka. Yang paaalingg buat saya rasa WOW bilamana ada diantara beautician yang dulunya tidak tahu hala tuju hidup, dengan keadaan kewangan yang sangat menghimpit kini mampu berdikari dan merasakan betapa TWB sangat merubah hidup beliau, bukan semata tahap kewangan tapi juga menukar persepsi tentang hidup & berimpian tinggi.

Orang kata, susah nak bisnes sekarang. Susahnyaaaa nak cari duit sekarang. Semua orang pun berjimat cermat. Tokey-tokey kedai pun banyak yang tutup bisnes untuk elakkan kerugian yang lebih banyak. Tapiiiii dengan TWB, ya Allah... Senangnya buat duit! Dan ianya pendapatan dari 4 penjuru!!

SAAT MAGIKA TWB 2

Entah macam mana, dengan izin Allah, 2 orang protege dalam Mamacilik Empire tanya saya tentang TWB. Masa tu saya tak ada pun sebut apa-apa pasal TWB. 

"Affni, boleh tak aku nak join TWB?"
"Kak, bila boleh nak training setup home spa & mobile spa dengan TWB?

Memandangkan dah ada yang berminat nak ada home spa & mobile spa sendiri, saya open kepada seluruh Mamacilik Empire kalau-kalau ada yang join sama. Yes. Memang ada yang nak join. Ni juga salah satu magik bersama TWB. Seolah-olah Allah lorongkan jalan yang sangat cantik untuk kami. Syukur Alhamdulillah.


SAAT MAGIKA TWB #3

Salah seorang protege dalam Mamacilik Empire tu asal dari Kedah. Seorang suri rumah yang hanya bergantung harap pada suami. Dengan harapan yang menggunung untuk majukan diri & buat sesuatu yang diminati selain membantu suami sama-sama mencari rezeki, dia sanggup datang dari Kedah semata-mata nak training TWB dengan founder TWB sendiri. Saya kagum betul dengan semangat dia dan saya percaya kejayaan PASTI akan jadi miliknya. 

Magik yang ni sangat menginspirasikan. Dari seorang yang hilang arah tuju dalam nak majukan diri dan perbaiki ekonomi, tiba-tiba Allah lorongkan jalan untuknya bersama TWB.

SAAT MAGIKA TWB 4

Apa korang rasa bila ada new beautician korang yang bagitahu, "Kak Affni, senangnya buat duit dengan TWB!". Orang yang pada asalnya langsung tak bekerja, hanya depends dengan suami selama ni, cakap macam tu. Korang rasa apa perasaan saya masa tu??

This is why I love TWB sooo much. Ia secara tak langsung memartabatkan wanita. Boleh berdikari. Ada pendapatan sendiri!

Dia kata lagi, "Dulu masa kerja, pendapatan sehari saya dalam RM35 sehari."

Tu kerja min 8 jam tu. Sekarang, sejam pun minimum boleh dapat RM50. Kalau sehari buat untuk 4 orang pun dah RM200 minimum.  

Magik kan! Sangat magik. Itu baru 1 penjuru income dalam TWB. Kira ada beberapa penjuru lagi haaa.. Syukur Ya Allah. Terasa sangat ajaibnya dengan kuasa Allah, kita dapat bantu orang lain tambah nilai hidup.

SAAT MAGIKA TWB 5

Baru-baru ni, MAS personally ajak saya pergi meeting. Rasa terharu sangat. Kasih sayang tu rasa masuk hati paling dalam la. MAS memang sangat concern orangnya. Dia macam boleh baca apa yang kita fikir. Tup tup mesti ada mesej dari dia sama ada dia personally mesej atau di group telegram TWB kami.


Walaupun sebelum ni saya tak rapat pun dengan MAS tapi once dah join semula TWB ni, rasa macam welcome sangat. Saya nak follow MAS rapat-rapat lepas ni. She seriously nak tolong the whole women in TWB to achieve our dreams. Memang magik!

Sekarang ni.. Memandangkan saya dah jadi Working At Home Mom (WAHM) untuk melihat sendiri anak-anak membesar depan mata, menguruskan persekolahan mereka sendiri, saya boleh mula semula home spa & mobile spa MAMACILIK D'BEAUTY SECRETS dan akan terus mencipta lebih banyak saat-saat magika bersama TWB! InsyaAllah!

Impian saya, dengan tertubuhnya kembali MAMACILIK D'BEAUTY SECRETS ni, akan lebih ramai wanita dapat capai impian mereka, tidak kira dalam apa aspek sekalipun. 

BEAUTY, FINANCIAL, CAREER, FAMILY, TRAVEL, HOBBY



Sila 'Share' jika anda rasa entri ini bermanfaat

3 comments :