Kenapa Saya Join Shaklee Dan Berhenti Kerja?

"Kenapa join Shaklee?"

"Kenapa berhenti kerja?"

Antara persoalan yang selalu orang tanya setiap kali diorang tahu yang saya dulu seorang System Analyst di Bahagian Geospatial dan Geographical Information System (GIS). Rata-rata ramai tahu, waktu tahun 2013-2016 tu kepakaran dan pengalaman dalam bidang GIS ni sangat limited, rare lah orang kata.

Sebenarnya ia adalah 2 persoalan berbeza. Jom saya cerita mula-mula dulu kenapa saya join Shaklee?

DETIK PERKENALAN DENGAN SHAKLEE

Ada sejarah hitam yang tak nak diingat semula waktu bersalinkan anak pertama, Arissa dulu. Waktu berpantang sebenarnya. Pengalaman yang sangat tak best untuk orang yang first time bersalin dan ada baby. Memang salah sendiri juga sebab tak cari ilmu dan ambil mudah je semua. 


KURANG PENGETAHUAN

Anak first. Memang sibuklah sediakan kelengkapan baby yang nak lahir, excited terlebih. Setiap bulan akan ada je barang baby yang dibeli. Tapi saya lupa untuk sediakan kelengkapan nak menjalani proses berpantang. Nak kata lupa, actually tak tahu pun kena sediakan. Tak sangka selepas bersalin kita akan jalani proses penyembuhan sebenarnya. Ingatkan biasa biasa je, makan makanan sihat, berurut sekali sekala, rehat rehat gitu dah ok.

So, bila dah bersalin, mama tanya, "Mana ubat bersalin?". Maksud mama, set bersalin ke, jamu ke, apa-apa la untuk nak pulihkan diri sendiri. TAK ADA!

Haa memang kena bebel sebakul. Dah lah waktu tu mama & mama mertua semua masih bekerja. So memang tak dapat nak jaga saya & baby. Jaga lah diri sendiri je dengan apa pun tak tahu. Bila macam tu, main beli je lah Set Bersalin yang jenis jamu. Itu yang sinonim dengan berpantang kan? Berpantang = makan jamu.

End up, elergik satu badan!

Stress oii!


BADAN LETIH, MENTAL KOYAK

Mau tak stress? Dah lah jaga diri sendiri, waktu zaman tu mana ada service confinement lady bagai ni. Struggle nak menyusu baby sebab tak pandai. Tak cari ilmu siap-siap.

Badan memang letih giler. Dah lah nak menyusu, makanan sendiri lagi, urus baby, badan kegatalan sebab alergik. Nangis!

Asalkan Yusri balik je, nampak je muka dia, nangis. Tak ada sebab pun. Tapi nangis.

Selalu jugak Yusri terpaksa emergency leave disebabkan emosi dan keadaan saya yang tak stabil, tidur tak cukup memang tak dinafikan lah. Badan terasa sangat letih! Bila Arissa nangis, mama dia pun nangis sama sebab mama SAKIT dan STRESS.

Bila stress, susu pun tak berapa nak keluar. Bila pam, memang tak ada la. Akhirnya apa? Disebabkan kejahilan sendiri, Arissa dah terpaksa bagi susu formula.

Parah.

The rest is history.


BERSALIN ANAK KEDUA, ALINA SARAH

Tahun 2011, di trimester akhir sebelum nak bersalin tu, saya tercari-cari juga Set Bersalin dan Berpantang apa la yang saya nak beli untuk persediaan selepas bersalin. Trauma setahun lalu masih menghantui. Memang dah serik nak ambil jamu walaupun jamu yang dah dimodenkan dalam bentuk pil. Badan sendiri memang tak tahan alergik.

Sembang dengan kawan office, Kak Kam bagitau untuk cari Set Bersalin yang berasaskan vitamins dan dia sebut Shaklee. Waktu tu Kak Kam suruh Google je cari siapa yang ada jual sebab dia tak jual.

Akhirnya, saya berjaya dapatkan Set Bersalin dan Menyusu daripada seorang pengedar ni. Nak dipendekkan cerita, saya mudah melahirkan Alina, juga mudah & seronok menjalani tempoh berpantang kali kedua ni. Memang sangat lain daripada yang pertama dulu. Totally amazing!

Inilah Shaklee Effects saya yang pertama yang banyak merubah diri saya hingga ke hari ini.


KEMBALI PADA SHAKLEE

Kenapa kata kembali pada Shaklee?

Haa cerita dia, selepas habis tempoh berpantang bersalin Alina tu, habis je Set Bersalin tu, saya pun stop lah makan supplements. Waktu tu masih tak ada ilmu nutrisi. Tak tahu pun sebenarnya kita sangat perlukan supplements untuk bantu kita percukupkan nutrisi harian. Nak nak kan tengah menyusukan Alina lagi.

Rutin harian yang sangat sibuk di pejabat juga di rumah membuatkan saya jadi sangat penat. Mentally dan physically. Mana tak nya, seawal 4-5 pagi dah kena bangun untuk masak, persiapkan bubur Alina untuk bawa ke taska setiap hari. Balik pulak paling awal adalah apabila azan maghrib berkumandang. Tapi biasanya dekat nak Isyak baru sampai rumah.

Saya sejenis tak suka bagi anak baby ni makan makanan yang frozen walaupun saya yang masak dan prepare sendiri. Instinct waktu tu rasa macam tak kena walaupun saya tahu tak ada salahnya. So untuk kepuasan diri, memang saya masak, blend, puree setiap hari. Bukan tu je, tapi kerja-kerja rumah yang lain juga lah nak kena settlekan.

Jadi, bila badan letih, otak tak boleh nak pick up cepat, saya sendiri tersedar..

"Aku ni rasanya tak cukup vitamin ni. Itu yang jadi semua pun asyik penat je. Sikit sikit penat."

Waktu ni lah saya terdetik nak cari supplements, vitamins untuk beri tenaga.

Akhirnya saya jumpa lagi Shaklee.


KENAPA JOIN SHAKLEE?

Saya join Shaklee sebagai ahli pada tahun 2013 semata-mata nak dapat harga ahli je. Nak beli supplements yang boleh bantu saya bertenaga dan ceria sepanjang hari di samping rutin yang sangat padat dan mencabar.

Saya contact kakak kepada Kak Kam, kawan office yang saya cerita tadi tu, Kak Maria. Saya ceritakan hasrat saya untuk nak dapatkan vitamins untuk diri sendiri lebih bertenaga. Saya belikan juga supplements untuk suami saya, Yusri memandangkan dia ada sejarah darah tinggi, kolesterol tinggi, urik asid tinggi, juga seorang slipped disc survivor. Saya tambah lagi supplements Set Kanak-Kanak Shaklee untuk Arissa yang waktu tu sangat picky eater. Memilih sungguh nak makan. 


Alhamdulillah, saya dapat join Shaklee dengan free membership. tak perlu bayar pun yuran pendaftaran atau seumpamanya. Itu lah kisah bagaimana saya bermula dengan Shaklee. Bagaimana saya kenal Shaklee. Bagaimana saya tiba-tiba kembali pada Shaklee yang akhirnya saya join Shaklee.


KENAPA BERHENTI KERJA?

Haa nak tahu kenapa saya berhenti kerja selepas 3 tahun kenal Shaklee?

InshaAllah saya kongsikan dalam entry yang akan datang. Stay tune ok!

Follow blog mamacilik.com ni untuk tidak terlepas kisah-kisah inspirasi dan menarik ^_^

Sementara tu, jom baca juga pengamalan orang lain, apa yang bestnya Shaklee ni sampai semua orang pakat join. Tak beli je tak nak join tak boleh ke? Baca juga perkongsian Ain Sakinah, tentang Kenapa Join Shaklee. 

So, apa tunggu lagi, Jom sertai keluarga Shaklee kami hari ini! 

Ini link kalau anda belum jadi ahli Shaklee, dan nak buat self-registration direct dengan HQ:

https://www.shaklee.com.my/joinnow?sid=907196

Jadikan Shaklee bisnes anda hari ini, sertai komuniti bisnes Shaklee bersama saya.








Affni Shahida
Shaklee Master Coordinator
Certified Product Trainer
Ingin dapatkan supplement semulajadi yang selamat, halal, terbukti berkesan?

Ingin jana pendapatan 4-5 angka setiap bulan dari rumah?

Hubungi untuk:-
KONSULTASI PERCUMA,
HARGA PRODUK TERBAIK DAN
PELUANG BISNES BERSAMA SHAKLEE!

CONTACT : CALL (012-2207966)
Click to WHATSAPP
FACEBOOK : Affni Shahida
INSTAGRAM : affni.shahida

Your Certified Shaklee Mini Nutritionist:-
FREE CONSULTATION,
AFFORDABLE PRICE, 
&
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!

#blogmegashaklee #shakleetriumph2023 #shakleethrive2023

Sila 'Share' jika anda rasa entri ini bermanfaat

No comments :

Post a Comment