Cadbury Haram?? Biar Betul!

Assalamualaikum..

Apa khabar pembaca Mamacilik.com semua? Saya doakan anda semua sentiasa sihat dan dilimpahkan rahmat oleh Allah s.w.t.

Kita sedia maklum sekarang ni tengah hangat dan kecoh tentang coklat CADBURY yang disahkan HARAM kerana terdapat DNA babi di dalamnya. 




Memang tak dinafikan, saya turut terkejut! Ye lah, coklat cadbury pujaan ramai tu banyak lagi kat rumah. Kat office pun ada lagi. Nak nak memang dah makan coklat tu sejak kecil lagi kan? Tapi, yang buat saya lebih terkejut bila ada pula pihak yang timbulkan isu nak samak perut, usus, tekak segala!

MasyaAllah...


Ini pula kenyataan media yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenai pengesanan DNA procine dalam coklat susu dengan kacang hazel-Cadbury Dairy Milk:



Berdasarkan kenyataan ini, DNA porcine tersebut telah dikesan pada 2 produk Cadbury iaitu:
  1. Coklat susu dengan kacang hazelnut (Batch no 200813 M01HI2)
  2. Coklat susu dengan buah badam (Batch no 221013 N01RI1)

JAKIM telah menggantung sijil pengesahan halal bagi kedua-dua produk berkenaan serta merta dan siasatan lanjut akan dijalankan.

Ya Allah, ampunilah dosa-dosa kami. Ia diluar pengetahuan kami ya Allah. Sekarang ni kita hanya boleh berdoa agar kita diampuni olehNya. Merujuk kepada kenyataan Ustaz Dr. Zaharuddin Abd Rahman di dalam Whatsapp yang saya terima:


ISU CADBURY : TIADA 'BERSIH DARAH' & TIADA SAMAK MULUT

Bagi sesiapa yang telah termakan Cadbury berDNA babi secara tersalah atau tidak tahu berkenaan kewujudan unsur babi tersebut. Menurut hukum Islam, mereka TIDAK BERDOSA dan seterusnya TIDAK PERLU membersihkan darah.

Sebagaimana firman Allah swt :
وَلَيْسَ عَلَيْكُمْ جُنَاحٌ فِيمَا أَخْطَأْتُمْ بِهِ وَلَكِنْ مَا تَعَمَّدَتْ قُلُوبُكُمْ وَكَانَ اللَّهُ غَفُورًا رَحِيمًا {الأحزاب: 5}
Ertinya : Dan tidak ada dosa atasmu terhadap apa yang kamu tersalah padanya, tetapi (yang ada dosanya) apa yang disengaja oleh hatimu. Dan adalah Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. ( Ahzab : 5)

Dan Nabi Muhammad salla ‘allahu ‘alaihi wasallam:
إن الله تجاوز عن أمتي الخطأ والنسيان وما استكرهوا عليه. رواه ابن ماجه وصححه الألباني.
Ertinya: Sesungguhnya Allah swt melepaskan dari umatku apa yang tersalah, lupa dan sesuatau (yang haram atau salah) yang dipaksakan ke atas mereka. ( Riwayat Ibn Majah, sahih)

Justeru, tiada istilah ‘membersihkan darah’, atau seolah DIRI akan ke neraka atau AMALAN LAIN akan DITOLAK kerana coklat terbabit sekiranya darah tidak dibersihkan. Ini semua tidak benar.

Namun, jika ingin diambil SAMAN GANTIRUGI atas kesilapan Cadbury dan kealpaan mereka atau keculasan menggunakan logo halal pada yang tidak halal, itu WAJAR DILAKUKAN namun JANGAN dihujah atas nama ‘membersihkan darah’ seolah ia tuntutan agama.

Juga TIDAK PERLU disamak mulut dan usus dengan air tanah, Islam tidak menuntut sedemikian dalam hal seperti ini. Jangan menyebabkan Islam disalah tanggapi dengan pandangan pelik dan tidak berasas kukuh.

Dr. Zaharuddin Abd Rahman
28 Mei 2014

Itulah dia isu yang masih lagi hangat dikatakan sekarang ini.

KECOH ISU CADBURY HARAM? HABIS TU, ROKOK?


Dalam pada orang kecoh berkenaan isu Cadbury ni, kecoh pasal haram dimakan. Tapi saya tak tahu lah sama ada orang ramai sedar atau tidak tentang hukum merokok. Ataupun mereka buat-buat tidak sedar?

Rokok macam mana pula? Padahal fatwa berkenaan isu merokok ni telah dikeluarkan sejak tahun 1995 lagi. Tapi masih ramai yang saya lihat dengan selamba dan senang hatinya merokok! Siap bangga lagi konon macho! Macho la sangat! Hmm...


Anda boleh pergi ke laman web e-Fatwa untuk keterangan/hujah lanjut mengenai perkara ini.

Itulah yang saya pelik sebenarnya. Fatwa telah lama dikeluarkan mengenai tabiat merokok ni. Kalau ikut logik akal dan pengetahuan tentang ilmu agama yang asas pun kita dah boleh tahu bahawa merokok ni memudaratkan. Dan perkara-perkara yang mendatangkan kemudaratan boleh jatuh haram.


Jom kita tengok apa kata ustaz-ustaz mengenai isu merokok ni:

 Ustaz Ahmad Dusuki

Tambahan daripada Ustaz Don, Dr. Zakir Naik, dan Sheikh Nuruddin

Saya bersyukur kerana ahli keluarga terdekat saya semuanya TIDAK MEROKOK! Suami, abah, ayah mertua, abang ipar, adik ipar semua tidak merokok. Alhamdulillah. Keluarga kami memang tak tahan dengan bau rokok dan bau asap rokok. Walau macam manapun, tak dinafikan rakan-rakan saya ramai yang masih merokok.

Saya tahu, ramai di antara kita, yang mempunyai keluarga yang masih lagi merokok. Ramai juga yang telah dan sedang cuba untuk berhenti merokok tapi mengalami kesukaran untuk meninggalkan tabiat ni.

Jadi saya terfikir. Apa yang saya boleh bantu kawan-kawan sekeliling saya ni dalam usaha berhenti merokok. Dalam pada mencari jawapan, saya terjumpa satu testimoni seorang anak di mana ibunya dahulu seorang perokok. 


Cuba kita bayang bagaimana perasaan beliau apabila ibunya seorang perokok. Tapi, ibu tetap seorang ibu. Tiada galang gantinya. Jadi, apa yang beliau usahakan adalah dengan mencari cara bagaimana untuk membantu ibunya berhenti merokok.

Alhamdulillah kini ibunya berjaya berhenti merokok setelah beliau menghadiahkan Vivix sebagai vitamin tambahan.

Buat Anda Yang Berhasrat Untuk Berhenti




It is a very good sharing! Perkongsian jujur bagaimana sahabat ini berjaya berhenti merokok. Mungkin ini jawapan dan penyelesaian yang anda cari cari selama ini.

Mungkin anda boleh menghadiahkan suami atau ahli keluarga anda dengan Vivix ni. Mungkin inilah masanya untuk anda membantu diri anda dan keluarga anada untuk hidup lebih sihat. Why not? Let's try Vivix. It's SAFE, it's WORKS, it's NATURAL!

Bagi saya, ini adalah salah satu ikhtiar yang boleh kita lakukan. Mungkin ini jalan keluar untuk anda atau ahli keluarga anda untuk berhenti merokok.

Saya tahu, bercakap lebih mudah dari melakukannya. Saya tak rasa apa yang mungkin anda rasa sebab saya tak merokok, dan ahli keluarga saya juga tak merokok. Namun, saya berharap akan ada seorang dua pembaca blog ini yang 'terpaksa' berhenti merokok selepas mencubanya.

Ingatlah.... Merokok Ibarat Membakar Duit Sendiri.

Seorang sahabat pernah beritahu saya tetang kos rokok yang dibelanjakan. Dalam masa 10 hari dia membelanjakan MINIMUM RM 200 untuk rokok!

Tu kalau 10 hari. 30 hari?? Tak ke dah RM600?

Kalau sebulan = RM600, dah boleh guna untuk isi petrol kereta untuk 2 bulan.
Kalau setahun = RM7200, dah boleh guna untuk perbelanjaan sekolah 2-3 orang anak selama setahun.
Kalau 10 tahun = RM72000, dah boleh guna untuk suami, isteri, mak, ayah menunaikan haji. Siap duit belanja sekali.

Sedikit info tentang VIVIX..




Saya doakan bagi mereka yang ingin berhenti merokok agar hasrat dan impian mereka tercapai. InsyaAllah...

Ingin berhenti merokok demi keluarga tersayang?
Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
FREE CONSULTATION 
&
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!

* Saya mohon anda dapat tekan LIKE Button di bawah ini. Mungkin ia akan memberi manfaat kepada seorang dua rakan anda di luar sana untuk berhenti merokok.

Sila 'Share' jika anda rasa entri ini bermanfaat

No comments :

Post a Comment