6 TIPS TRAVEL ke luar negara, terutamanya untuk mereka yang pertama kali travel di musim sejuk. Tips no 5 paling penting sekali!
Saya kongsikan beberapa tips travel berdasarkan pengalaman saya sendiri yang pertama kali travel ke negara bermusim sejuk hujung tahun lalu, iaitu Switzerland!
Pengalaman saya sendiri, bila dapat tahu saya layak untuk bersama-sama Shaklee ke Switzerland, macam-macam yang saya fikir. Banyak benda nak kena belajar memandangkan ini pertama kali nak jejak luar negara di musim sejuk, nak naik ke gunung bersalji.
Antara yang paling saya fikir adalah tentang pakaian. Saya ni jenis yang tak tahan sejuk. Kalau kat Malaysia ni, dalam pada ramai orang panas dan sentiasa nak aircond, saya sangat ok dengan hanya kipas. Tapi biasa lah, bila dalam family semua nak aircond, saya pun duduk dalam aircond juga. Itu yang terfikir, dalam aircond pun kadang sejuk sangat, macam mana nak hadap musim sejuk dan salji yang bersuhu bawah tahap beku?
Saya share sedikit sebanyak apa persediaan saya untuk ke Switzerland tempoh hari.
Check it out!
6 TIPS TRAVEL KALI PERTAMA KE LUAR NEGARA DI MUSIM SEJUK
