Sayang, You Are Number 1!

Assalamualaikum sahabat blogger semua..

Semoga anda semua sentiasa berada di  bawah lindungan Allah s.w.t..

Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah..

Syukur Ya Allah dengan segala nikmat yang Engkau berikan kepadaku. Sampai sekarang ni saya masih tak percaya dengan apa yang disampaikan kepada saya. Berita yang sangat gembira bagi saya sebagai mama.

Anak-anakku Dalam Proses Penyembuhan

Alkisahnya minggu lepas, Kaklong Arissa ni sakit mata la pulak, jadinya memang tak boleh nak pergi school. Adik Ammar pun asyik batuk tak berhenti. Jadi risau pula la kan sebab baru-baru ni Ammar pernah ditahan di wad KPJ Kajang akibat bronchitis with conjunctivitis! Hmm.. 2 sekali harung Allah duga. Saya pernah kongsikannya pada entry "Syafakallah My Cute Boyfriend!"

Bila Ammar batuk teruk, kaklong Arissa pun sakit mata, memang la mama & papa kena EL. Bawa anak-anak ni pergi jumpa specialist terus. Ya, saya prefer anak-anak saya dirawat oleh pakar. Saya bukan memandang rendah kepada doktor di klinik-klinik biasa. Tapi dah banyak kali saya terkena. Ubat yang di prescribe kepada anak-anak saya adalah ubat-ubat yang tidak tepat (mengikut kata doktor pakar). Nanti la saya kupas mengenai isu ni kemudian.

Kakngah Alina? Hm... Dah kakak dan adiknya tak pergi school, dia pun ambil kesempatan la turut serta. Hehe..

Perjumpaan IbuBapa Dan Guru 


AKU YANG DULU BUKANLAH YANG SEKARANG - PART 2

Assalamualaikum semua...

Ahamdulillah, kita masih diberi kesempatan untuk 'berjumpa' sekali lagi di MamaCilik.com.

Seperti yang dijanjikan pada perkogsian saya semalam, AKU YANG DULU BUKANLAH YANG SEKARANG - PART 1, saya sambung perkongsian kisah saya dan Shaklee. Bagi sesiapa yang belum membaca yang sebelum ini, sila baca yang PART 1 dulu yer. Nanti tak faham pula.. Hehe..

“Now or Never”
Segalanya bermula ketika mengandungkan anak kedua, saya mencari Set Bersalin yang lebih mudah dan ringkas sebab berpantang sendiri tanpa penjagaan khusus dari yang lebih berpengalaman, ibu, atau ibu mertua kerana keduanya masih bekerja. Dalam pada mencari, rakan sepejabat saya kongsikan pengalamannya dengan Set Bersalin Shaklee. Jadi saya buat research di internet. Saya jumpa satu blog yang menawarkan Set Bersalin Shaklee.

AKU YANG DULU BUKANLAH YANG SEKARANG - PART 1

Assalamualaikum w.b.t

Apa khabar semua? Semoga para sahabat sekalian sentiasa dirahmati Allah s.w.t.

Hari ini saya terasa nak berkongsi kisah diri saya SEBELUM dan SELEPAS saya mengenal Shaklee. Kenapa saya berbisnes Shaklee? Kenapa saya sayangkan Shaklee?


“Saya Tidak Sangka Mampu Kecapi Apa Yang Saya Ada Sekarang”

Senggugut Di Zaman Remaja - Painkiller Bawa Padah!

Assalamualaikum w.b.t

Semoga anda semua sentiasa dibawah perlindungan Allah s.w.t.

Baru-baru ni, kalau tak silap saya awal Ramadhan haritu, saya telah di'invite' masuk ke dalam group Whatsapp ahli kelas sewaktu saya berada di tingkatan 5, tahun 2000 dulu. Kelas 5 Usaha, Sekolah Menengah Sains Selangor (SMSS), Cheras banyak memberi kenangan kepada saya.

Kenangan bersama kawan-kawan kelas 5 Usaha tahun 2000

Tertubuhnya group ni telah menyambung dan merapatkan  lagi ukhuwah di antara kami. Untuk pengetahuan anda, ahli kelas kami ni dah macam adik beradik pun. Maklumlah kami sekolah berasrama penuh. Kebanyakan aktiviti kami lakukan bersama.

Ya Allah, sangat indah kenangan-kenangan itu. Pahit manis berdikari bersama rakan seperjuangan. Terlalu banyak untuk diimbas.

Kenangan Tak Berapa Nak Manis

TIPS: Sediakan Bubur Bayi Dalam 30 Minit!

Assalamualaikum pembaca Mamacilik.com semua,

Atas permintaan ramai selepas saya update status di Facebook saya, 'Affni Shahida' semalam mengenai skill mem'fillet' ikan merah untuk persediaan memasak bubur baby Ammar setiap pagi, harini saya nak kongsi sedikit cara penyediaan bubur ni.

Saya telah amalkan penyediaan sebegini sejak Alina berumur 6-7 bulan dulu. Menjadi seorang mama yang bekerjaya dan sering sibuk dengan kerja pejabat, sering outstation, sering balik lambat, saya akhirnya mendapat solution ini. Masa saya SANGAT BERHARGA!

Ia sangat mudah dan ringkas!

Masa penyediaan: 30 - 40 min

Bahan-bahan yang diperlukan untuk sekali masak adalah: