Pengakuan Jujur: Aku Makin Gemuk!

Assalamualaikum,

Syukur alhamdulillah.. 

Hari ni saya agak huru hara dengan order yang masuk. Masing-masing dah terasa betapa perlunya kita untuk makan vitamin dalam era yang serba pantas ni. Tambah lagi ada yang datang nak berguru, nak join team saya untuk sama-sama bangkit menuju jihad ekonomi. Maklumlah, ekonomi semakin tak menentu sekarang ni kan?

Dalam pada sibuk-sibuk dengan kerja hakiki dan bisnes, ada sesuatu yang saya nak kongsikan kepada anda. Ia tentang seorang customer saya yang telah membuat pengakuan jujur kepada saya pagi tadi.

Terkejut saya dibuatnya!

PENGAKUAN JUJUR

Kak Anne kenal dan ambil vitamin Shaklee bermula dengan vitamin-vitamin yang terkandung di dalam Shaklee Diet Program. Setelah beberapa lama Kak Anne konsisten dengan vitamin ini, sekarang Kak Anne buat pengakuan jujur.

Kak Anne kata, bila dia stop makan Set Diet Shaklee, berat dia naik mendadak dari 96kg jadi 102kg!!!

MariaFirdaus Master Celebration - The Most Fantastic Shaklee Team In Malaysia!

Assalamualaikm w.b.t,

Syukur alhamdulillah, selesai sudah majlis gilang gemilang yang dinanti-nanti bagi meraikan kedua orang Masters kesayangan kami di empayar MFMS pada 16 November 2014 yang lalu. 4 hari telah berlalu seperti ianya baru semalam berlaku. Masih segar diingatan apa yang berlaku sepanjang majlis.

Pintu gerbang tersedia untuk Masters MFMS - The Most Fantastic Shaklee Team in Malaysia.

Inilah stage yang menjadi saksi penganugerahan Masters Maria Firdaus sebagai Master Coordinator Shaklee

BERMULANYA HARI BERSEJARAH

Majlis bermula kira-kira jam 10.30 pagi. Waktu di mana saya masih dalam perjalanan ke Pullman Putrajaya Lakeside bagi menjadi saksi hari bersejarah ini. Seboleh-bolehnya saya tidak mahu tertinggal walau sesaat pun majlis ini.

Alhamdulillah, Allah permudahkan perjalanan 40km saya dari Ampang ke Putrajaya. Saya tiba pada jam 11.00 pagi. Waktu itu, Presiden Shaklee Malaysia, Mr. Victor Lim baru sahaja memulakan ucapan beliau.

Legaaa.. Itu bermakna, saya masih belum terlepas detik surprise yang kami telah rancang untuk masters kesayangan kami selama sebulan ini. Apakah surprise itu? Jom.. Sambung baca perkongsian saya ini.

 Mr. Victor Lim memberi ucapan pembukaan.

 Master Maria Firdaus bersama anak sulung mereka, Farees kusyuk mendengar ucapan Mr. Victor

Perkongsian Jutawan Shaklee

Majlis seterusnya diteruskan dengan perkongsian hebat daripada seorang Jutawan Shaklee, Presidential Master Shareeza (Kak Cery).

Kak Cery berkongsi tips untuk menjadi seorang yang hebat

Madu Dan Kayu Manis Mujarab!

Assalamualaikum w.b.t,

Apa khabar sahabat-sahabat pembaca di luar sana? Saya harap kita sama-sama berada di bawah lindungan Allah s.w.t.

Saya rasa agak lama juga saya tidak menulis di sini. Maaf dari pihak mamacilik.com.

Hari ini saya nak kongsikan sedikit tips kepada anda semua. Tips yang saya cari-cari yang telah menjadi penawar kepada mama (MIL) saya untuk batuk yang berpanjangan dengan agak lama.

Saya mendapat artikel di bawah ini daripada seorang sahabat di dalam group whatsapp beberapa bulan yang lalu. Saya cuba berikan kepada mama sebagai salah satu usaha.

Jom kita ikuti penerangannya.

SIFAT MADU

Madu merupakan satu-satunya makanan atas muka bumi yang tidak akan basi mahupun rosak. Apa yang terjadi hanyalah ianya ''bertukar jadi gula''.