Selamat Tinggal Cyst!

Assalamualaikum..

Alhamdulillah... Syukur.. Syukur.. Syukur ke hadrat Ilahi.

Saya terpanggil untuk berkongsi kisah seorang customer saya yang juga merupakan sahabat pena saya waktu di zaman sekolah menengah dulu.

Puan Nor nama diberi. Alhamdulillah beliau dikurniakan seorang anak yang kini sudah pun berusia 3 tahun. Dalam usia anak yang begini, seperti wanita lain juga, sudah tentu beliau menginginkan anak lagi. Namun, setelah berusaha dan mengharap, Allah masih jua belum memberi rezeki anak baru kepada beliau dan suami.


Saban bulan kekecewaan silih berganti setiap kali result UPT test adalah negatif. Puan Nor mengambil keputusan bagi menjalani pemeriksaan lanjut di hospital setelah agak lama percubaan mendapatkan anak kedua gagal. 

Anak-anak Cinta Hatiku

Bismillah..

Assalamualaikum,

Salam ceria daripada Johor Bahru! Hari ni saya sekeluarga masih berada di Johor dan akan bertolak balik ke KL tengahari ke petang nanti.

Sekarang ni kakak-kakak Ammar sedang berenang dengan papa di Swimming Pool hotel ni. Sementara Ammar tidur, dapatlah saya coretkan sedikit sebanyak aktiviti kami sepanjang di Johor sejak 2 hari yang lalu.

Wajah ceria nak swimming setelah sekian lama minta nak pergi hotel dan mandi swimming pool!

Nyenyak tidur selepas kekenyangan. ^_^

Ku Genggam Bintang Di Langit -NC 2013/2014 Part 2

Assalamualaikum...

Saya doakan pembaca MamaCilik.com semua dirahmati Allah s.w.t.

Seperti yang dijanjikan pada entry yang lepas, hari ni saya nak berkongsi kegembiraan saya dan seluruh warga Empayar MFMS pada Shaklee National Conference (NC) untuk hari yang kedua pula. Kami sampai di Sunway Convention Centre dalam pukul 10.00 pagi.

Kami mengambil peluang untuk melihat pameran yang diadakan sepanjang NC disamping bergambar dan berkenalan dengan SID lain.

Produk baru Shaklee, Phytocol-ST untuk mengurangkan kadar kolesterol jahat (LDL).
Kalau besar ni botol dia agak-agak berapa lama tahan? 2 tahun? Hehe.. Gurau je ^_^

Kunci Kereta Itu Milik Aku! - NC 2013/2014 Part 1

Bismillah...

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah selesai sudah hari pertama Shaklee National Conference yang berlangsung di Sunway Convention Centre, Kuala Lumpur semalam. Event ni berlangsung selama 2 hari iaitu pada 7-8 Jun 2014.

Shaklee National Conference ini diadakan bagi meraikan kejayaan semua Independant Distributor Shaklee terutamanya yang berjaya dengan cemerlang dalam bisnes Shaklee mereka. Pelbagai kategori awards yang akan disampaikan sepanjang event 2 hari ini.

Tahun lepas, saya hadir sebagai pemerhati sahaja. Maklumlah masa tu baru je join Shaklee. Masih blur-blur lagi. Tu lah orang kata, POWER OF VISUALISATION. Saya bayangkan saya yang naik ke pentas untuk terima awards. 

Syukur kehadrat Allah, hasil doa dan usaha kami sepanjang tahun lepas, saya dan Yusri berjaya untuk layak menerima 2 awards iaitu: