Memaparkan catatan dengan label shaklee rewards. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label shaklee rewards. Papar semua catatan

Percutian Shaklee Percuma Ke Switzerland - Day 1

Percutian Shaklee percuma ke Switzerland

Tak pernah terbayang untuk dapat percutian secara percuma seumur hidup ni. Siapa sangka bermula hanya sebagai pengguna Shaklee, kini setiap tahun enjoy dengan percutian percuma bersama Shaklee. Hari ni saya nak kongsikan pengalaman PERCUTIAN SHAKLEE PERCUMA KE SWITZERLAND pada musim luruh yang lalu.

Sebelum berangkat ke Switzerland, kami berkumpul di KLIA. Kami dibahagikan kepada 3 kumpulan penerbangan dan kami menaiki Turkish Airlines dan akan transit di Turkiye.

Percutian Shaklee percuma ke Switzerland
Cabin Size Bag & Meal Allowance daripada Shaklee

Seronoknya percutian Shaklee ni, selain daripada ianya percuma, Shaklee bagi kami cabin size luggage yang harganya lingkungan RM800 (selepas diskaun bila tengok harga online). Shaklee bagi juga meal allowance tau. Kalau ikutkan, sepanjang percutian Shaklee ni, Shaklee memang provide makan. Cuma ada waktu tertentu contohnya waktu Shaklee lepaskan kami untuk shopping, free & easy, waktu ni lah kami akan gunakan meal allowance ni.

Percutian Shaklee percuma ke Switzerland

Percutian Shaklee kali ni, kami dapat CHF200 bersamaan hampir RM1000 (nilai pertukaran waktu tu) setiap seorang. Walaupun ni allocation untuk meal allowance, kebiasaannya kami gunakan duit ni untuk shopping. Shaklee provide makanan yang sangat banyak dan mewah. Most of the time kami sentiasa kenyang in between waktu makan tu. Lagipun bila dah shopping, makan pun tak ingat kan? ๐Ÿ˜


Percutian Shaklee percuma ke Switzerland
Transit beberapa jam di Turkiye sebelum meneruskan perjalanan ke Zurich

Checkpoint #1: Zurich City Tour

Sampai je kami ke Switzerland melalui Zurich Airport, kami terus dibawa tour di sekitar Zurich City.


Duit Tambahan Insentif Shaklee Malaysia Selepas Raya

Baru-baru ni Shaklee bagitahu tentang duit tambahan sebagai insentif Shaklee Malaysia selepas raya untuk seluruh keluarga besar Shaklee yang gigih membina bisnes bersama Shaklee. Teringat dulu waktu saya mula buat bisnes Shaklee dan berjaya rank up ke tangga pertama rank dalam Shaklee. Eh.. waktu tu terus lompat ke rank kedua, Senior Supervisor. Masa tu insentif Shaklee yang ditawarkan adalah sebanyak RM368. Ni duit extra daripada bonus yang Shaklee bagi bulan-bulan tu.

Walaupun waktu tu saya masih lagi bekerja makan gaji di Sapura dan ada gaji tetap yang boleh tahan jumlahnya, tapi extra RM368 tu memang besar giler lah. Dapat lah duit tambahan dari insentif Shaklee masa tu. Syok habis!

Tapi insentif shaklee nak bagi yang terbaru ni lagi best tau. Lagi besar amount dia ๐Ÿ˜Ž

INSENTIF SHAKLEE MALAYSIA BERI DUIT TAMBAHAN

Berapa besar insentif Shaklee nak bagi kali ni?

Cuba bayangkan, dalam masa 3 bulan, anda boleh dapat hampir RM6000 tau! Banyak tak? Berkali-kali ganda dari insentif Shaklee untuk saya dulu tu. Jauh beza.

Program insentif Shaklee kali ni khas buat mereka yang baru je jadi ahli Shaklee (Distributor), juga untuk mereka yang berada di rank pertama (Supervisor) dan rank kedua (Senior Supervisor). Haa maknanya saya sendiri pun tak layak nak sertai dah memandangkan dah sampai ke rank tertinggi Shaklee, Master Coordinator.


Pin untuk Key Coordinator, Senior Key Coordinator, dan Master Coordinator tu 
emas 916 tau ๐Ÿ’–

Walaupun saya sendiri tak dapat nak sertai program insentif ni, tapi saya excited giler bila Shaklee announce tau. Rasa membuak-buak nak tolong ramai anak-anak didik bisnes dalam team MIND dapat insentif Shaklee kali ni. Anda yang belum jadi ahli Shaklee pun boleh kalau nak join dapatkan insentif Shaklee ni. Bagitau je nanti saya guide.

Tak kisah tau sama ada anda bekerja atau suru rumah ataupun student, semua ada peluang yang sama.


MACAM MANA NAK DAPAT INSENTIF SHAKLEE MALAYSIA BUAT NI?