8 TIPS ATASI MORNING SICKNESS DI AWAL KEHAMILAN

Assalamualaikum...

Semoga semua pembaca setia Mamacilik.com dilimpahi rahmat dan kasih sayang Allah.

My 5th Pregnancy Journey Begin! 


"Ehh.. Suburnya Mamacilik ni kan?!" ^_^

Syukur alhamdulillah. Inilah salah satu rezeki dan rahmat yang Allah berikan untuk saya sekeluarga. Bermulalah perjalanan hamil untuk kali kelima dengan gembira. Bagaimana agaknya kisah morning sickness Mamacilik di awal kehamilan kali kelima ni ye? Macam mana Mamacilik atasi masalah morning sickness yang sering membelenggu di awal kehamilan?

Tak sabar nak tahu! ^_^



IMBAS KEMBALI...


Sebelum kita cerita mengenai morning sickness, kita kenang semula waktu kita berusaha nak dapatkan baby. Bila difikir-fikirkan semula bagaimana suatu ketika dulu waktu berusaha nak pregnant anak pertama, bukanlah semudah nak pregnant lagi dan lagi dan lagi sekarang ni. Hehe...

6 bulan juga penantian kami untuk berita tentang bakal hadirnya insan pertama sebagai cahaya mata kami. Mungkin tidaklah selama sahabat lain yang makan tahun tapi penantian 6 bulan itu tetap mengganggu bilamana kita sangat berkehendakan zuriat kan? 

Masa tu hidup sangat stress dengan kerjaya. Sangat sibuk. Dikelilingi oleh orang-orang yang menghisap rokok tidak kira tempat sampai kadang di bilik server yang kami sedang bekerja ni pun boleh! Penat. Terlalu penat. Kadang-kadang sewaktu azan Subuh berkumandang baru saya sampai rumah. Memang sangat stress!

Pemakanan??

Memang sangat tak teratur apatah lagi berkhasiat. Boleh harap waktu tengahari je lah makan berkhasiat sikit sebab ada jual nasi campur. Makan malam? Masih di pejabat dan lebih tepat lagi di tempat client. Memang tak terurus. Ada makanan makan, tak ada makanan, makan lah apa yang ada, biskut, kerepek...

Nutrien memang tak cukup. Masa tu memang tak tahu langsung pasal vitamins dan supplements ni. 

So, kalau anda rasa anda sedang lalui apa yang pernah saya lalui 8-9 tahun dulu, lengkapkanlah nutrisi dan zat dalam badan dengan supplement Shaklee. Ia vitamin semulajadi yang sentiada selamat, berkesan, dan mesra alam.

InsyaAllah, dengan izinNya, bila badan kita cukup nutrisi, kurang stress, badan kita bersedia untuk terima kehadiran orang baru di alam rahim kita.
 

MORNING SICKNESS DATANG LAGIIIII


Jadi sekarang ni, syukur alhamdulillah... Dah masuk trimester kedua dalam perjalanan pregnant kali ni memberikan satu kelegaan kepada saya. Sangat lega!

Apa yang lega sangat tuuu? ^_^

Setiap kali pregnant setiap kali itu juga saya 'berperang' dengan morning sickness. Boleh kata all-day-sickness lah. Bukan setakat morning je.

Kalau diingat semula setiap kali fasa ni berulang, memang akan masuk ward untuk drip air. Masa anak pertama dulu total 7 pine air kena masuk. Memang serik sangat!


Tapi... Syukur alhamdulillah morning sickness kali ni dapat dibendung dengan beberapa tips yang saya nak kongsikan dengan anda:
  1. Dapatkan rehat yang secukupnya. Kalau dapat bedrest lagi bagus.
  2. Elak buat kerja-kerja rumah walau kita rasa perlu lakukan (minta bantuan orang lain / suami)
  3. Makan sikit-sikit dengan sangat kerap.
  4. Elakkan badan daripada berangin. Boleh makan Peppermint Ginger Plus untuk bantu keluarkan angin dari badan.
  5. Elakkan makan makanan yang menyumbang kepada angin dalam badan.
  6. Makan ikut waktu. Jangan skip meal (Elakkan perut kosong)
  7. Elakkan stress yang melampau. Kalau boleh jangan stress langsung. B-Complex banyak membantu untuk masalah ni.
  8. Kekalkan hidrasi badan. Minum air secukupnya. Boleh minum Performance Orange Drinks sebagai alternatif kepada minuman isotonik yang berkabonat macam 100pluss tu. 
     





Syukur alhamdulillah apabila telah bergelar Working-At-Home-Mom (WAHM) ni dan hanya fokus kepada bidang nutrisi di dalam Shaklee, banyak kelebihannya. 
  • Boleh dapat rehat yang cukup (jadual kerja sendiri)
  • Tak perlu lagi melalui stress yang berlebihan
  • Makan makanan yang berkhasiat
  • Dapat makan kerap sebab di rumah sentiasa ada makanan
  • Vitamins Shaklee yang sentiasa ada stok di rumah  

Sekarang ni untuk anak yang kelima ni, saya konsisten makan Set Hamil Shaklee untuk memastikan diri saya dan baby dapat khasiat dan nutrisi yang lengkap serta semulajadi. Kali pertama makan vitamin Shaklee pada tahun 2011. Jemput baca pengalaman saya berpantang dengan Set Bersalin Shaklee.

Mohon anda pembaca yang budiman dan sporting untuk SHARE entry kali ini. Mana tahu ada kenalan atau ahli keluarga kita yang sedang hadapi masalah morning sickness di awal kehamilan. 

Doakan saya dan baby dalam kandungan ni sihat walafiat dan sentiasa dilindungi Allah s.w.t. Terima kasih. ^_^

Jika ada sebarang persoalan boleh hubungi saya, Affni @ Mamacilik, Certified Shaklee Product Consultant di 012-2207966. Free consultation untuk customer Mamacilik.com.

=============================== 
INGIN BERIKAN NUTRISI SEMULAJADI YANG TERBAIK UNTUK BAYI ANDA?
Ingin mendapatkan nutrisi yang lengkap untuk anda dan keluarga?

Hubungi saya, Pakar Nutrisi Anda (Certified):-

FREE CONSULTATION,
AFFORDABLE PRICE, 
&
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!


Sila 'Share' jika anda rasa entri ini bermanfaat

1 comment :

  1. Alhamdulillah.

    Tahniah kak Affni. Happy WAHM & pregnancy ;)

    Orangnya kecil je...tapi kecil2 chili api. ;)

    Semoga berjaya dunia akhirat bersama keluarga tersayang

    ReplyDelete