Salam Perkenalan Daripada Ammar Firdaus!

Assalamualaikum w.b.t,



Salam perkenalan daripada Ammar Firdaus bin Ahmad Yusri! Hai Semua!


Tarikh Lahir: 17 Disember 2013
Masa Lahir: 3.03 a.m
Tempat lahir: Hospital Pantai Ampang
Berat: 2.87 kg

Aauuummm! Harimau Mengaum Lagi!! - BONUS

Assalamualaikum w.b.t,

Sekali lagi harimau mengaum! AauummMM!!!


Another 4-figures bonus daripada Shaklee hasil dari usaha bulan lepas! Sangat teruja bila tengok PENINGKATAN bonus sebanyak 27% ++ !! Alhamdulillah.. Syukur sangat-sangat! Apa yang penting, asingkan hak orang lain dalam rezeki yang kita dapat terlebih dahulu.. Itulah yang sering dipesan oleh mentor-mentor bisnes Shaklee saya.


Saya tambah bersyukur apabila tengok 'anak-anak' Shaklee saya masing-masing mula merasa bonus 2-3 angka! Dan ada seorang 'anak' yang memang sangat berdikari dan telah 2-3 bulan berjaya mendapat bonus 4 angka dan naik rank! Alhamdulillah...

KENAPA SIDE INCOME PENTING?

MamaCilik.com Kini Berwajah Baru!

Assalamualaikum w.b.t,

2-3 hari ni ramai yang tanya.. 

"Affni, kenapa senyap je kebelakangan ni?
Selalunya ada aje posting yang menarik untuk dibaca di blog atau paling tidak pun di Facebook.. Affni dah bersalin ke? Baby dah lahir ke?"

Anda nak tahu tak??

Memang tangan saya ni 'gataaallll' je nak update Facebook dan tambah entry blog ni.. Tapi, memandangkan Mamacilik.Com 2-3 hari ni tengah dalam proses facelifting, jadi kutahan dari mendedahkan sementara blog ni kepada umum. 

Fuhh.. Ingat senang ke nak tahan diri dari menulis? Saya sampai termimpi-mimpi kena 'sound' dengan mentor bisnes Shaklee saya ni sebab menyepi je. Ya, saya ada mentor dalam bisnes. Bak kata Dr Azizan Osman, kalau kita nak berjaya, kita perlu ikut apa yang orang berjaya dah buat. Dan sekarang, inilah yang sedang saya lakukan! FOLLOW & DUPLICATE kejayaan mentor saya.

Jadi, jawapan saya kepada yang tertanya-tanya tu, 

"Baby dalam perut ni belum lahir lagi.. InsyaAllah dalam bulan ni.. Doakan saya yer.. Tapi, 'baby' saya lagi satu yang dah lahir! Inilah dia... 
Memperkenalkan Mamacilik.com yang kini berwajah baru!"


Sebenarnya, saya dok fokus dengan projek design blog ni la.. Kononnya nak launching masa kelahiran anak ketiga saya ni.. Tapi tak menyempat pulak kan.. Terlebih excited! Hehe.. Namun, saya masih lagi memperbaiki serba sedikit yang saya rasa kurang dan perlu di touch up pada design baru ni.. MamaCilik.com akan saya improve dari masa ke semasa.

Jadi, saya alu-alukan sebarang komen membina dari rakan-rakan pembaca mengenai wajah baru MamaCilik.com yang terkini.

SELAMAT DATANG saya ucapkan kepada semua rakan pembaca ke 'rumah' saya ni...


Terima kasih. Wassalam.

.: MamaCilik :.

Sila 'Share' jika anda rasa entri ini bermanfaat

Shaklee Omega Guard Di Musim Tengkujuh :: Ikan Oh Ikan.. Di Mana Minyak Ikan?

Assalamualaikum w.b.t

Minggu pertama di bulan Disember.. Bulan terakhir tahun 2013. Bulan di mana SALE melanda seluruh negara! Hehe.. Shaklee pun ada buat Year-End-Sale YES! 

Promosi bulan ini tak tain tak bukan SHAKLEE OMEGA GUARD! OMG!

Seronok dan teruja rasanya tengok promo Omega Guard bulan ni. Kenapa? Sebab semua ahli keluarga saya makan Omega Guard sebagai vitamin tambahan. 

PERISAI KELUARGA


OMEGA GUARD.. Dah nama pun ‘guard’ kan.. Memang jadi perisai keluarga kami. Salah satu usaha saya dan keluarga agar mendapat kesihatan terbaik dengan izin Allah s.w.t.



Dulu.. Beberapa bulan lepas saya ada menceritakan serba sedikit pasal Shaklee OmegaGuard ni. Bagi sesiapa yang belum pernah baca, boleh baca DISINI ye.

Saya juga pernah bercerita bagaimana suami saya mengambil Omega Guard fokus sebenar adalah untuk mengawal kolesterol dan darah tinggi tapi hasilnya lebih dari itu apabila berat juga turun (dalam erti kata lain, boleh KURUS!). Testimoni tentang itu pernah saya kongsikan DISINI.

Jadi harini saya nak berkongsi lagi tentang Omega Guard yang menjadi pujaan hati ramai ni.

Persoalannya, bagaimana cara kita memilih vitamin minyak ikan yang mengandungi omega-3 yang banyak dijual dipasaran? Bagaimana Shaklee adalah berbeza dengan jenama yang lain? Jom kita lihat gambar di bawah:


Apa yang penting di dalam memilih sesuatu vitamin adalah kandungan yang terdapat di dalamnya. Jadi, perkara yang paling UTAMA dalam memilihnya adalah dengan memastikan vitamin tersebut adalah vitamin SEMULAJADI, bukannya sintetik.

Antara lainnya adalah dengan meneliti kandungan:
1.    DHA
2.    EPA

Apa itu DHA & EPA?


Asid Dokosaheksanoik (DHA) dan Asid Eikosapentanoik (EPA) merupakan asid lemak 3 yang ditemui di dalam ikan laut dalam. DHA dan EPA dipercayai mampu:
  1. Mengurangkan keradangan
  2. Menggalakkan fungsi otak
  3. Menggalakkan fungsi system saraf
  4. Menggalakkan fungsi mata

Bagaimana Shaklee Omega Guard dapat membantu dalam kesihatan harian? Apakah khasiat dan kelebihannya?


Ha.. ini dia lagi tentang keistimewaan Shaklee Omega Guard! Bukan sebarangan minyak ikan tau! Ianya merupakan Ultra Pure Fish Oil lagi! Memang terbaiklah! ^_^

 

Syukur Alhamdulillah, memang berbaloi-baloi kami mengambil vitamin tambahan Omega Guard ni. Semua orang di rumah ni mendapat manfaat daripadanya. Bermula daripada Yusri yang dapat mengawal tekanan darah tinggi dan kolestrolnya, anak-anak saya Arissa dan Alina yang sedang membesar, seterusnya saya sendiri yang sedang mengandungkan anak ketiga kami turut dapat menyalurkan khasiat Omega Guard kepada bayi yang bakal lahir ini insyaAllah….

Semoga dengan usaha ini, Allah akan mengekalkan nikmat kesihatan untuk kami semua. Amin.

Thanks for reading!

Anda seorang yang pentingkan kecantikan & kesihatan diri serta keluarga tersayang?
Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?

FREE CONSULTATION
&
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!


Sila 'Share' jika anda rasa entri ini bermanfaat

5th Year Wedding Anniversarry

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah.. 

Syukur yang kehadrat Ilahi, hari ini genap 5 tahun usia perkahwinan kami. Affni Shahida & Ahmad Yusri. Terima kasih Ya Allah dengan nikmat yang Engkau beri kepada kami selama ini, dengan 2 orang cahaya mata setakat ini (coming soon yang ketiga) sebagai amanat daripadaMu dan penyeri hidup kami. Semoga anak-anak ini menjadi asbab untuk kami ke SyurgaMu kelak Ya Allah... Amin...


Zakat dan Sedekah Penyubur Harta

Assalamualaikum,

Syukur kepada Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..

BONUS SHAKLEE
Seminggu yang lalu seperti biasa, kebanyakan daripada kita runsing memikirkan duit perbelanjaan diri dan keluarga yang semakin merosot (maklumlah tengah bulan). Namun, saya rasa bertuah kerana bonus hasil bisnes daripada Shaklee telah masuk ke dalam akaun saya. Syukur lagi sekali kerana saya tidak menyangka bahawa apa yang saya dapat bulan ini boleh dikatakan 2 kali ganda dari bulan lalu! Inilah pendapatan sampingan 4 angka saya yang kedua dengan Shaklee. Ya Wahhab! Sesungguhnya Engkaulah yang memberi rezeki kepada hamba-hambaMu yang berdoa dan berusaha.

Kisah SUSU IBU Di Dalam Al-Quran - Penyusuan Bayi Menurut Islam

Assalamualaikum,

Apa khabar semua? Seperti yang saya janjikan pada entry yang lepas, kali ni saya nak share tentang SUSU IBU menurut ISLAM.

Terdapat ayat-ayat Al-Quran yang menceritakan tentang susu ibu. Bila diteliti, rupa-rupanya banyak Allah ceritakan tentang susu ibu dalam Al-Quran.

“Para ibu HENDAKLAH menyusukan  anak-anaknya selama DUA TAHUN PENUH, iaitu bagi yang ingin MENYEMPURNAKAN  penyusuan itu” 
 – Surah Al-Baqarah, Ayat 233

Apa yang dapat kita simpulkan daripada firman Allah di atas?

PERINTAH & SURUHAN

Terang lagi jelas. Ini memberi maksud ia menjadi PERINTAH AGAMA supaya ibu-ibu menyusukan bayi mereka, selama 2 TAHUN, iaitu tempoh yang PALING SEMPURNA untuk kebaikan ibu dan anak.

Dah 8 Bulan! Tak Sedar!!

Assalamualaikum,

Apa khabar hari anda? 2 hari lepas saya pergi prenatal check up. Rasa macam dah lama tak pergi check up sejak yang lepas. Hehe..


Tanpa kusedar.. Dah nak masuk minggu ke 33 rupa-rupanya baby dalam perut nih.. 8 BULAN! hehe.. Serius tak sedar! Badan rasa CERGAS je. Boleh lagi drive pergi balik kerja sendiri (lebih kurang 60-70km sehari). Balik layan kerenah anak-anak dan urus mana yang patut. Alhamdulillah.. Di samping doa yang tak putus-putus kepada Allah, usaha saya dengan mengambil vitamin semulajadi Shaklee sangat membantu dan memberi kesan terhadap kesihatan diri dan keluarga.

“TOLONG JANGAN JADI KAWAN BAIK SAYA!”

Assalamualaikum,

Pagi tadi, belek punya belek purse saya, terjumpa pulak 2 kad appointment Alina ni. Ni yang jumpe pakar kanak-kanak. Belum yang pergi klinik biasa lagi.

.: Appointment Card KPJ Kajang & Prince Court Medical Centre :.

Bila difikir dan dikenang-kenang semula, dah lama rupanya Alina tak pegi jumpa pediatricians. Alhamdulillah.. Kesihatan anak-anak bertambah baik lepas amalkan vitamin tambahan dalam diet mereka. Bersyukur sangat!

SENYUM LAGI! KLIK! KLIK!! | KENANGAN TERINDAH

Assalamualaikum,

Siapa kat sini kenal photographer Jay Farhana? Sila LIKE entry ni! Hehe..

Jay Farhana seorang photographer yang sangat berbakat bagi saya. Very warm and friendly. Jay merupakan salah seorang photographer (bersama-sama Carlos Nizam) ketika majlis akad nikah saya hampir 5 tahun yang lalu.. Wah dah nak masuk anniversary yang ke 5 dah rupanya! Hehe..

.: Kenangan Bergambar Bersama Jay Farhana & Carlos Nizam Semasa Sesi Bergambar Outdoor Selepas Majlis Akad Nikah Kami pada 2008 :.

Apa yang saya nak ceritakan di sini.. Jay tiba-tiba hantar email kepada suami saya, Yusri baru-baru ini.. Rupa-rupanya, hasil karya Jay iaitu salah satu gambar kami ketika sesi photography outdoor selepas majlis akad nikah kami dulu mendapat perhatian GettyImages.com!

Senyum! Tak Perlu Kata Apa-Apa... | Set Penjagaan Kulit Enfuselle daripada Shaklee

Salam Ahad semua..

"..cantik luar cantik dalam cantik dengar sini
Kalau cantik senyum cantik mesti cantik lagi
Senyum sikit nak tengok ada tak lesung pipit
Kalau tak ada pun aku masih mahu cubit..."

Seronok pulak pagi-pagi lagi dapat pujian daripada  suami tersayang. Hehe.. Dia kata kulit muka saya makin licin! 

^_^

Siapala yang tak seronok kan bila dapat pujian dari suami sendiri.. Tu la kan, betapa pentingnya kita menjaga kesihatan dan kecantikan luaran serta dalaman untuk suami.. Bila kena puji macam ni, lagi berkobar-kobar la saya nak makan vitamin Shaklee disamping penjagaan luaran muka dengan Set Enfuselle daripada Shaklee!

Shaklee pun ada Set Penjagaan Kecantikan Luaran?

SUKA DUKA OKTOBER 2013

Assalamualaikum...

Minggu ni dah masuk bulan baru.. NOVEMBER 2013! Closing Oktober yang sangat manis  buat saya dan ahli keluarga Shaklee saya keseluruhannya. Kita nantikan berita gembira di pertengahan bulan ini!

Rasanya dah lama tak update mengenai anak-anak dan keluarga.. Oktober tahun ini banyak peristiwa suka duka yang berlaku. 

SUKA
Bulan yang sangat santai buat saya dan keluarga pada mulanya.. Kami sekeluarga telah pulang ke kampung halaman saya di Kuching, Sarawak. Pulang untuk Hari Raya Aidiladha, meraikan ulangtahun kelahiran saya yang ke 30 di bumi kelahiranku, ziarah nek wan dan kaum keluarga di sana, seterusnya pergi bercuti di Damai Puri Santubong, yang merangkap percutian kami sekeluarga untuk tahun ini. Hehe.. All-In-One!

Aidiladha 2013

Dulu PEGUAM.. Sekarang WAHM!

Assalamualaikum,

Dulu ingat dah hebat.. Ye la kan, lawyer! Tapi sekarang lagi HEBAT! 

Hujung minggu yang lalu saya berkesempatan menghadiri Shaklee Master Coordinator Celebration yang memberi AURA yang sangat besar! Majlis itu diadakan untuk meraikan kejayaan Master Zura di Prince Hotel Kuala Lumpur.


Apa itu Shaklee Master Coordinator Celebration?


JANGAN TERSALAH PILIH ‘RUMAH’!



Assalamualaikum…

Hari ni saya nak berkongsi pengalaman saya sepanjang saya berjinak-jinak dengan Shaklee. 

Siapa yang faham dengan tajuk entry kali ini? Apa yang saya maksudkan dengan ‘RUMAH’? Maksud ‘RUMAH’ di sini ialah TEAM / GROUP / MENTOR


Mengikut pengalaman saya, ramai yang datang kepada saya bertanyakan pelbagai persoalan mengenai bisnes Shaklee.. “Affni, macam mana nak beli barang online?”, “Affni, macam mana kita nak set target?”, “Affni, macam mana cara nak makan vitamin-vitamin ni?”, “Affni, apa fungsi Omega Guard?”, “Affni….”, “Affni…”. Semua pun tanya saya. Tapi, mereka bukan customer saya atau ahli dalam group saya. Ke mana perginya individu yang bertanggungjawab membawa mereka masuk ke ‘alam’ Shaklee? 

Point saya di sini, bukan saya kedekut ilmu, mengeluh, atau berkira.. Cuba tanya mereka yang bertanyakan soalan-soalan ini kepada saya. Adakah saya tidak memperdulikan mereka? Saya tetap layan persoalan mereka dan bantu. Saya hanya berdoa agar Allah ganti dengan individu-individu hebat lain yang ingin majukan diri dan boleh saya bantu dengan masuk ke ‘RUMAH’ saya. 

Apabila saya tanya semula kepada mereka kenapa mereka tidak hubungi saya daripada awal supaya tidak tersalah pilih ‘RUMAH’? Sekurang-kurangnya tidaklah mereka terumbang ambing. Boleh saya bantu dan consult dari mula. Tidak kira sama ada dari segi pengambilan vitamin mahupun bisnes. Ramai rupanya mempunyai jawapan dan tanggapan yang sama, iaitu masalah LOKASI:

Kisah 1:
Kak Iza: “Akak ingat sebab Affni jauh dari akak.. Akak kat negeri A, Affni kat negeri B. Nanti susah akak nak minta tolong apa-apa..”
Affni: “Jadi siapa yang ajak akak masuk Shaklee?”
Kak Iza: “Jiran sebelah rumah. Tapi dia macam tak tahu semua yang akak tanya.”
Saya kasihan dengan kakak ni. Sebab kakak ni kenalan lama saya. Saya bantu juga lah mana yang saya boleh bantu.

Kisah 2:
Cik Nor: “Sekarang ok lah Kak Affni kat KL, dekat dengan saya. Nanti kalau Kak Affni pindah Sarawak, macam mana?”
Affni: Dalam hati.. “Bila pulak la saya ada cakap nak pindah Sarawak? Tiada dalam perancangan pun! Hehe..”
Dan kemudian saya terangkan kepadanya apa yang akan saya terangkan sebentar lagi.
Tapi hakikatnya, siapa yang mereka hubungi sekarang? AFFNI! Ye, saya!

TAHUKAH ANDA di dalam group ini, kami datang dari seluruh pelusuk negara? Semuanya tiada halangan. Bukankah dunia hari ini tiada sempadan? Teknologi semakin canggih. Kebanyakannya kami lalukannya secara online. Tambahan lagi, aktiviti luar kami seperti Magic Class, coaching, dan sebagainya tidak terhad untuk sesiapa di KL sahaja. Kami turut mengadakan aktiviti di negeri-negeri lain termasuk Sabah dan Sarawak! Ada di antara kami yang menetap di Sarawak (untuk makluman tiada branch Shaklee di Sarawak) tetapi tetap dapat menjana pendapatan 5 angka sebulan! Tiada yang mustahil.

~ We Work Together as a TEAM Wherever We Are ~

Jadi pesanan saya kepada anda di luar sana, sebagai customer, anda harus berhati-hati dengan siapa anda membeli vitamin. Biarlah yang boleh memberi konsultasi yang betul kepada anda. Kepada yang ingin menjana pendapatan dengan Shaklee, pemilihan ‘RUMAH’ sangat penting! Pilihlah yang boleh membimbing anda untuk berjaya di dalam Shaklee. Bak kata mentor saya, “FOLLOW rapat-rapat dengan orang yang dah berjaya.. DUPLICATE apa yang telah mereka buat..”. InsyaAllah, anda juga akan BERJAYA seperti mereka.. malah lebih lagi!

Saya ingin berkongsi kepada sesiapa yang masih belum pernah membaca eBook “Sorry Boss, Saya ‘Terpaksa’ Berhenti Kerja”, download dan dapatkan ia secara PERCUMA di sini. Ia mrupakan kisah benar. Kisah seorang yang dekat dengan saya. Semoga ia memberi inspirasi kepada anda.

Anda berminat nak sertai 'RUMAH SHAKLEE' saya yang penuh dengan cas-cas positif dan menjana pendapatan 4-5 angka sebulan?
Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?

FREE CONSULTATION
&
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!


Sila 'Share' jika anda rasa entri ini bermanfaat

Shaklee Collagen Powder Murah! Tampil Lebih Muda & Menawan!

Assalamualaikum,

Sempena PROMO Shaklee Collagen Powder bulan ni, ramai yang bertanyakan tentang khasiat & kelebihannya. Siapa yang rasa nak cantik tu, jom kita intai-intai kelebihan Shaklee Collagen Powder!

Pertama sekali dan yang paling penting, apa kriteria yang patut kita tahu dalam memilih kolagen?

Bagi memilih kolagen terbaik di pasaran, anda seharusnya memastikan pilihan anda itu perlu mengikut 8 ciri berikut:

Anda Ada Mengalami Healing Crisis Selepas Pengambilan Vitamin Shaklee? Jangan Panik!



Assalamualaikum w.b.t,

Kebelakangan ini ramai yang bertanyakan kepada saya tentang kesan daripada pengambilan vitamin Shaklee. Ada yang mengadu sakit kepala, loya, tidak boleh tidur, dan sebagainya. Jangan risau. Itu adalah tanda-tanda ‘Healing Crisis’.

Apa itu ‘Healing Crisis’?

‘Healing Crisis’ atau lebih difahami sebagai krisis penyembuhan berlaku apabila badan kita yang banyak radikal bebas mula membebaskan toksin dan membina semula sel-sel tubuh.


Proses ini sering disalah erti. Ramai yang beranggapan ia akan memburukkan lagi keadaan individu dan merupakan ketidakserasian terhadap vitamin/supplement. Ia adalah TIDAK BENAR! Apa yang berlaku sebenarnya adalah proses pembuangan toksin dan elemen-elemen tidak sihat dari dalam badan. Proses ini adalah perlu untuk ‘membersihkan’ badan kita daripada elemen-elemen yang merbahaya dan tidak sihat agar kita mendapat kesihatan yang lebih baik.

50 Peratus Hidap Darah Tinggi Menjelang 2025



Assalamualaikum & selamat pagi semua,

Ini adalah keratan akhbar bertarikh 9 September 2013 yang lalu…



Apakah tindakan kita selepas membaca artikel ini?
  1. Ingin menyumbang kepada peratusan ini supaya lebih tinggi, ATAU
  2. Ingin menyumbang kepada peratusan ini supaya menjadi lebih rendah serendah-rendahnya?

Jaga Kesihatan Jantung Dengan Co-Enzyme Q10


Assalamualaikum,

Apakah yang dapat kita tafsir daripada gambar kartun ini?




TAHUKAH ANDA??
  • Penyakit jantung merupakan pembunuh nombor 1 di Malaysia!
  • Jantung kita memerlukan tenaga yang mencukupi untuk berfungsi dengan baik!
  • Tenaga dapat dihasilkan dengan bantuan nutrient yang dikenali sebagai Coenzyme Q10 (CoQ10)!

Jantung kita…

  • Merupakan otot yang paling aktif dan bekerja keras dalam tubuh your body
  • Merupakan pusat kawalan utama dalam system peredaran darah
  • Mengepam 7,570 liter darah sehari
  • Berdegup sebanyak 100,000 kali sehari


Apa akan berlaku apabila fungsi jantung menurun?

Flower untuk Mama

Assalamualaikum..

Lagi keletah Arissa Yasmin..

Malam tadi...

Arissa: Mama, ni flower untuk mama...
Mama: Wah.. Thank you, kakak.. Mama letak sini dulu ye.. (sambil letak sebelah tv)
Arissa: Esok mama bawak flower tu pegi office ye..
Mama: Ok.. (Dalam hati.. 'bole pulak suruh bawak pegi office. Hehe..')

Pagi tadi...

Arissa: Mama jangan lupa bawak flower pegi office tau..
Mama: Ok sayang.. Nanti mama bawak. Mama nak bersiap dulu..

10 minit kemudian..

Arissa: Mama nak bawak beg hitam ke beg pink pergi office?
Mama: Beg hitam.. Kenapa?
Arissa: Kakak letak flower dalam beg mama ye..
Mama: Ha? Ok.. (Dalam hati.. 'beria betul die soh mama bawak flower pegi office..')
Arissa: Nanti mama makan tau jelly tu..
Mama: Ok.. Nanti mama makan jelly tu kat office..

Alahai anak mama ni.. Baru 3 tahun.. Ape la yang die fikir agaknya.. Beria-ia suruh bawak flower tu.. Siap tanya handbag mana nak bawak pegi kerja.. Arissa oh Arissa.. You always make me amaze.. 

I love you..


.: MamaCilik :.
 

Sila 'Share' jika anda rasa entri ini bermanfaat

Panggilan Haji 1434H/2013M

Assalamualaikum semua..

Saya rasa sangat teruja dan bersyukur kerana baru semalam saya mendapat berita yang sangat gembira. Hasrat Mama & Abah untuk menunaikan Haji pada tahun ini dimakbulkan Allah s.w.t. Ya, memang sangat last minit. Tapi itulah kehendak Allah. Nasib baik kursus Haji dah pergi dan selesai. Semuanya dengan izin Allah..


Bercakap mengenai persediaan menunaikan ibadah Haji mahupun Umrah, banyak persediaan yang perlu dilakukan. Selain daripada pakaian, ilmu tentang ibadah haji dan umrah, semestinya ubat-ubatan tidak ketinggalan. Ubat? Kenapa mesti ubat? Kita kan ada vitamin semulajadi yang lebih baik dan selamat. Shaklee turut mempunyai vitamin-vitamin untuk para Jemaah Haji dan Umrah. Ini bagi membantu dan memastikan kesihatan para Jemaah berada pada tahap yang optimum agar dapat menjalankan ibadah dengan sempurna, insyaAllah..

Set Asas Haji Standard



Set Asas Haji Premium (Set Jantung / Set Sendi)


Bagaimana vitamin-vitamin ini dapat membantu?

Vita-Lea - Merupakan multivitamin asas. Sebiji Vita-Lea mengandungi 28 nutrient yang penting termasuklah 12 jenis vitamin & 7 jenis galian. Ini dapat membantu badan kita memperolehi cukup zat dan vitamin.

B Complex - Ianya bertindak sebagai penjana tenaga (melalui tindakbalas glukos) disamping memberi ketenangan kepada tubuh.

Seperti yang ramai sedia maklum, ibadah haji memerlukan banyak tenaga dan masa tidur turut akan berkurang demi untuk tidak melepaskan peluang menunaikan ibadah dengan lebih banyak dan sempurna. Maka B complex dapat membantu tubuh agar tetap bertenaga walau kita kekurangan waktu tidur.

Chewable Vita C – Vitamin ini sangat penting untuk mengekalkan imun tubuh kita. Bertindak sebagai antioksidan dan sangat penting dalam melawan penyakit. Ia juga dapat membantu penyerapan vitamin-vitamin lain ke dalam badan dengan lebih cepat.

Ostematrix / Kalsium - Ibadah haji memerlukan kudrat dan tenaga yang banyak maka keperluan kalsium juga tidak boleh dipandang remeh. Ianya sangat penting agar kaki kita tidak mudah merasa kebas atau kejang(cramp) yang diakibatkan oleh terlalu lama berdiri, duduk, atau banyak berjalan.

Advance Joint Health Tablet – Ia dihasilkan daripada tumbuh-tumbuhan seperti ekstrak jagung dan bahan-bahan berasakan mineral bagi dapat menyokong pergerakan, kelenturan sendi dan memastikan fungsi sendi berada dalam keadaan baik. Sesuai untuk mereka yang mengalami sakit-sakit sendi terutama bagi jemaah haji yang lebih berumur yang mengalami sakit-sakit sendi terutama di bahagian lutut.

CoQHealth Plus – CoQHealth Plus membantu untuk meningkatkan tenaga, menjadikan jantung lebih kuat dan sihat.  Ia juga menguatkan otot jantung dan seterusnya melancarkan pengepaman darah pada jantung. Selain itu, CoQHealth Plus akan memberikan tekanan darah yang sihat dan paras kolesterol yang optimum. Ia dipercayai dapat menurunkan tekanan darah. Bertindak sebagai anti-oxidant, ia dapat menghalang peningkatan kolesterol 'jahat' (LDL). Selain itu, ia turut dapat meningkatkan stamina dan tenaga, seterusnya mengurangkan simptom keletihan bagi para jemaah supaya mereka dapat menyempurnakan ibadah haji dengan sempurna, insyaAllah..

Omega GuardOmega 3 di dalam Omega Guard dapat mengelakkan strok. Ia dapat mengekalkan tekanan normal darah, membantu mengurangkan ketegangan urat leher, mengurangkan sakit kepala dan mengekalkan tahap kesihatan trigliserida & kolestrol LDL seterusnya merendahkan kolestrol. Selain itu, Omega 3 dapat mencegah pembekuan darah dalam badan serta mengurangkan risiko penyakit jantung.

Vitamin-vitamin ini juga sangat sesuai dijadikan hadiah kepada mak, ayah, saudara-mara, sahabat handai serta orang yang tersayang dalam persediaan ke Tanah Suci. Selalunya orang akan memberi wang saku kepada mereka yang akan mengerjakan haji. Tapi sudah tentu mereka lebih terharu dengan pemberian vitamin kesihatan kerana di situlah keprihatinan kita terhadap mereka. Mereka yang menerimanya tentu terharu dengan niat kita bagi memastikan kesihatan mereka sentiasa baik ketika di sana. Vitamin-vitamin ini merupakan usaha dan  ikhtiar. Selebihnya kita tawakal dan berdoalah kepada Allah. 

FREE CONSULTATION
&
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!


Sila 'Share' jika anda rasa entri ini bermanfaat